Marquee

الى النجاح بالقرأن ~ Ke Arah Kejayaan Dengan Al-Quran

Waktu Solat Jakim

Sunday, 8 April 2012


Persembahan sulung dari Kumpulan Nasyid Soutul Huffaz, Sekolah Menengah Tahfiz Daerah Kuala Kangsar (SEMENTAK) di bawah bimbingan Cikgu Norsuzila dan En Khairi semasa Karnival IKS di Kolej Profesional MARA, Sri Iskandar pada 07 April 2012. 

Persembahan yang telah mendapat pujian daripada pengujung-pengunjung. Tahniah diucapkan. Semoga pelajar-pelajar SEMENTAK akan terus membina kecemerlangan di hari-hari mendatang.

Tuesday, 31 January 2012

Lagu sekolah

Dengan nama Tuhan 
Kami mulakan
Mara ke hadapan
Langkah seiringan


Al-Quran dan sunnah 
Jadi panduan
SEMENTAK terus berjuang



Al-Quran dan sunnah 
Jadi panduan
SEMENTAK terus berjuang


Bersama laksanakan 
Tuntutan agama
Menjalin ukhwah
Peribadi mulia



Bersama laksanakan 
Tuntutan agama
Menjalin ukhwah
Peribadi mulia


Berganding bahu
Mencapai kejayaan
Menjadi Al-hafiz
Matlamat utama


'Ilan najah bil quran'
'Ilan najah bil quran'
Ke arah kejayaan dengan Al-Quran



'Ilan najah bil quran'
'Ilan najah bil quran'
Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Lencana sekolah


Perincian maksud lencana sekolah

  1. Gabungan warna putih, kuning dan hitam melambangkan sekolah ditadbir urus oleh Kerajaan Negeri Perak.
  2. Warna kuning melambangkan kedaulatan negara.
  3. Warna putih melambangkan kesucian.
  4. Bentuk bulat melambangkan kesepakatan dan kesatupaduan antara warga sekolah dalam mencapai matlamat.
  5. Al-Quran melambangkan pedoman hidup dalam menentukan kejayaan di dunia dan akhirat.


Objektif sekolah

  1. Melaksanakan pembelajaran yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
  2.   Memberikan pendedahan  tentang budaya ilmu dunia dan akhirat.
  3. Menggabungjalinkan pembelajaran dalam bidang sains dan keagamaan.
  4. Mendedahkan kaedah hafazan yang mudah dan menarik.
  5.  Merealisasikan aspirasi negara membentuk pelajar huffaz yang bersedia berkhidmat untuk agama bangsa dan Negara.

Misi sekolah

  1. Melahirkan generasi celik Al-Quran dan syariat agama
  2. Melaksanakan pendidikan berkualiti bagi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
  3.  Mengamalkan  dan membudayakan kerja berpasukan “Amal Jamaiey” dalam kalangan pelajar.
  4. Melahirkan golongan pakar dalam pelbagai bidang.
  5.  Menjalinkan ukhuwwah bagi melestarikan silaturrahim antara komuniti setempat.

Visi sekolah

Melahirkan generasi tahfiz yang mumtaz 2016.