Marquee

الى النجاح بالقرأن ~ Ke Arah Kejayaan Dengan Al-Quran

Waktu Solat Jakim

Thursday, 31 January 2013

Majlis penutup Minggu Transisi 2013

Tanggal 25 Januari 2013, maka lengkaplah Minggu Transisi Pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2013. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Munawir b. Salehuldin.

Sepanjang Minggu Transisi pelajar telah di ajar kemahiran pengurusan diri di Sekolah dan Asrama, kemahiran berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris, kemahiran belajar dan kemahiran membaca Al-Quran

Kemasukan seorang pelajar pada 21 Janurai 2013 telah melengkapkan seramai 18 orang pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2013. Selamat Datang, Selamat Menjalani Hidup Di SEMENTAK dengan Didikan Guru-guru & Staf SEMENTAK dan menjadi huffaz seperti yang diimpikan oleh semua pelajar.








~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran ~

Wednesday, 30 January 2013

Maulidurrasul Peringkat Sekolah

24 Januari 2013



Bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah yang merupakan tema Malidurrasul Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 (1434H), warga SEMENTAK telah menunjukkan bukti kasih dan sayang pada junjungan mulia dengan berselawat pada Baginda semasa perarakan sejauh 500m di Felda Lasah. Persediaan perarakan telah dilakukan bersama-sama oleh pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. 

Sambutan Maulidurrasul diserikan lagi dengan pengisian rohani oleh Ustaz Muzhafar dengan ceramah berjudul Rasullulah Membawa Perubahan. Turut diselitkan persembahan nasyid oleh Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, serta deklamasi sajak oleh Amirul dan Syed (Pelajar Tingkatan 1).

Memetik kata-kata Ustaz Muzhafar, " Rasullulah adalah insan terhebat dan kehadiran Baginda memberi seribu rahmat pada umat manusia". Semoga rasullulah sentiasa subuh di hati kami.





~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran ~




Thursday, 10 January 2013

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU DAN MAJLIS PERASMIAN MINGGU TRANSISI PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN(SEMENTAK) OLEH YANG BERBAHAGIA TN HJ MOHD NASAR B. KURDI KETUA PENOLONG PENGARAH BHG PENDIDIKAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK.

KATA-KATA PEMBUKA BICARA OLEH USTAZ AHMAD MUNAWIR B. SALEHULDIN

Alhamdulillah telah pun berlangsung hari pendaftaran dan majlis perasmian Minggu Transisi Pelajar Baru Tingkatan Satu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan..yang dirasmikan oleh Tuan haji Mohamad Nasar b. Kurdi.

Saya mewakili pihak sekolah guru-guru kakitangan dan warga SEMENTAK mengucapkan selamat datang dan ahlan wa sahlan bikum ke sekolah ini..dan tahniah buat ibu bapa yang telah datang mendaftarkan anak-anak mereka di sini

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Nasar b.Kurdi di atas kesudian beliau untuk hadir bagi merasmikan majlis transisi pelajar baru sessi 2013 seterusnya memberikan ucapan dan motivasi kepada pelajar baru kami dan juga kepada ibu bapa yang hadir yang mempunyai seribu harapan agar anak-anak mereka ini menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Di antara isi penting yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Tn Haji Mohd Nasar b. Kurdi ialah impian untuk melahirkan satu rumah seorang Al Hafiz bagi mengatasi masalah sosial yang berlaku pada masa kini..amat menarik perhatian ibu bapa yang hadir.

Sambil berseloroh beliau menyatakan:

"Kita nak lawan fenomena satu rumah satu penagih..yang banyak berlaku hari ini"

Kata-kata beliau itu telah disambut dengan gelak tawa hadirin yang merasakan bahawa sememangnya begitulah realiti yang belaku pada masa kini.

Begitu juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru dan kakitangan yang telah bertungkus lumus...menyiapkan persiapan dan memastikan program pada hari ini berjalan dengan lancar..tahniah dan terima kasih....

Insyaallah kami akan membuat persediaan untuk menyambut kehadiran pelajar baru bagi panggilan yang kedua pada 16hb Januari.....

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI












~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Sunday, 6 January 2013

Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baru

4 Januari 2013

Alhamdulillah, berkat usaha JAIPk, SEMENTAK, JKR dan TNB, bangunan sekolah dengan tiga bilik darjah berjaya didirikan bagi menampung keperluan pelajar pada tahun ini. Warga SEMENTAK ingin merakamkan jutaan berterima kasih atas usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan pembinaan bangunan ini. Ini adalah kerana berkat usaha semua, pelajar SEMENTAK dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif.

Majlis penyerahan bangunan baru telah dihadiri oleh Ustaz Mohammad Nasar bin Kurdi, Ustaz Musanif b. Mohammad Noh, Pn Ismalaila, pihak TNB, pihak JKR dan warga SEMENTAK. Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Nasar bin Kurdi.

Memetik kata-kata En. Zulkifli (jurutera JKR) semasa Hari Penyerahan Bangunan Baru, "kejayaan sesebuah institusi pengajian bergantung pada tiga aspek utama iaitu tenaga pengajar, pelajar dan kemudahan pembelajaran". Diharapkan dengan kehadiran bangunan baru ini, para pelajar dapat belajar dengan lebih sempurna dan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.















~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Saturday, 5 January 2013

Penyerahan Watikah Ketua Pelajar

13 November 2012 


Ikrar Ketua Pelajar 
oleh 
Muhammad Azim b. Sazali (Ketua Umum), 
Muhammad Alif Farhan b. Mohd Ridzuan (Pen. Ketua Umum), 
Amru b. Abdul Samad, Muhammad Hafizuddin b. Abd Rahman 
dan 
Muhammad Syafiq Iqbal b. Abd Rahman



Ikrar Ketua Pelajar

Bahawasanya kami
Ketua Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan berikrar
akan memikul tugas yang diamanahkan
dengan jujur dan ikhlas
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah
dalam melaksanakan peraturan-peraturan disiplin
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
dan kami juga mendukung syariat-syariat Islam sebagai cara hidup kami

Kami juga
akan menjalankan tugas 
dengan penuh tanggungjawab
demi menjaga nama baik ibubapa, guru-guru, bangsa dan agama

  (3x)  الى  النجاح  بالقرأن   






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran




Program Mukhayyam Tahfiz Peringkat Sekolah


9 - 13 November 2012


Program Mukhayyam Tahfiz 2012 yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SEMENTAK akhirnya berjaya diadakan selama 5 hari di sekitar kawasan sekolah. Program ini melibatkan 22 orang pelajar SEMENTAK dan 12 orang guru dan staf. 

Antara pengisian program adalah qiamullail, Cinta Bahasa Arab, Cinta Tanahair, Master Chef, Speel It Right dan riadhah. Program yang diadakan berjaya membuka minda pelajar supaya berfikir secara kreatif serta membakar semangat pelajar untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang.






Majlis Penutup Program Kem Mukhayyam telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Munawir b. Salehuldin. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Turut diselitkan acara penyerahan bantuan biasiswa kepada semua pelajar yang layak dan persembahan nasyid oleh Soutul Huffaz.






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah


4 September 2012 


Bertemakan 'Sepakat Membawa Berkat' sambutan Hari Raya seperti yang dijadualkan berlangsung dengan meriah dan meninggalkan pengalaman yang terindah dalam memori setiap warga SEMENTAK. 

Warga SEMENTAK berganding bahu menyediakan juadah untuk dinikmati bersama.




~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Sekolah & Pemberian Duit Raya


14 Ogos 2012 


Majlis berbuka puasa yang sederhana tetapi meriah telah dihadiri oleh ibubapa pelajar, guru-guru dan para pelajar SEMENTAK. Majlis diadakan untuk merapatkan ukhwah antara ibubapa, guru-guru serta para pelajar.











~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Kem Motivasi Kepimpinan di Resort Tasek Raban pelajar SEMENTAK bersama pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong


27 - 29 Julai 2012 

Kem yang bertemakan asas kepimpinan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 27 hingga 29 Julai 2012. Seramai 4 orang pelajar dari Universiti Malaya bertindak sebagai barisan fasilitator. 

Slot ceramah telah diisi oleh AF Ustaz Ahmad Munawir b Salehuldin (Pengetua SEMENTAK), AF Ustaz Faiz b Muhammad Rafaai (Pengetua SMTDRL), En Saifullah Ahmad (Ketua Wartawan Sinar Perak) dan Pn Ismaniza. Perasmian kem telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk, Tn Hj Mohamad Nasar Kurdi. Pengisian kem meliputi sesi ceramah dan LDK, qiamullail, solat berjemaah dan riadah. 

Semoga segala ilmu dan latihan yang diperoleh di kem ini mampu membentuk asas kepimpinan dalam kalangan pelajar.








~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Hari Bertemu Waris


20 Julai 2012

Setelah menjawab Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 21 hingga 25 Mei 2012 yang lalu, kini tibalah masanya untuk para pelajar SEMENTAK menunjukkan hasil usaha mereka kepada ayahanda dan bonda tercinta.

Pada hari ini, ibubapa, guru-guru dan warden dapat bersemuka untuk membincangkan bagaimana untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi anak-anak mereka.






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Sekolah


18 Mei 2012

Bertemakan Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara & Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi, satu sambutan yang sederhana tetapi meriah telah diadakan bagi menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbang oleh para guru dan staf bagi menggerakkan SEMENTAK. Tergambar wajah gembira pada setiap wajah warga SEMENTAK pada hari tersebut.








Namun dalam kegembiraan menyambut Hari Guru & Hari Pekerja, terselit perasaan sedih kerana SEMENTAK kehilangan seorang guru yang sangat berkaliber iaitu Cikgu Isza Shahira bt Ishak. Beliau terpaksa meninggalkan SEMENTAK kerana menyambung khidmat di Sarawak. Semoga Cikgu Isza tidak melupakan kami di SEMENTAK dan terima kasih atas pengorbanan dan jasa yang dicurahkan semasa berkhidmat di sini.






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran


Program KPIP bersama SEMENTAK


5 Mei 2012

Program pelajar SEMENTAK bersama Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP) berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan dan penglibatan para pelajar amat menggalakkan. 

Program ini berjaya memberi anjakan paradigma kepada pelajar dalam membentuk sahsiah diri yang lebih sempurna.






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Perpindahan asrama


22 April 2012

Asrama pelajar SEMENTAK bertukar tempat dari bangunan bersebelahan Masjid Lama Felda Lasah ke Sek. Ren. Agama Rakyat At-Taawuniah Felda Lasah. Semoga dengan perpindahan ini memberi suasana dan inspirasi baru kepada pelajar.





~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Majlis Perpisahan Alif Radhwan

 warga kerja SEMENTAK di  




Semua warga kerja SEMENTAK menjamu selera makan tengah hari merangkap Majlis Perpisahan Radhwan Aliff. Terima kasih atas sumbangan dan jasa yang telah diberikan oleh Aliff dan semoga jalinan ukhwah antara warga SEMENTAK semakin kukuh dari hari ke hari.



Kemasukan pelajar '2nd batch' SEMENTAK 2012

Tanggal 1 Februari 2012, SEMENTAK akan menerima lagi kemasukan anak-anak pelajar baru untuk melengkapkan seramai 30 orang pelajar kesemuanya.. Semoga anak-anak pelajar berbesar hati memasuki SEMENTAK dan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi hafiz mumtaz 2016.. Insyaallah =)